Dalam bahagian ini saya akan gunakan sebagai seperti macam latest update atau progress penuh product panduan temuduga ini ya. Anda boleh jadikan bahagian ni sebagai referrance kalau ada update content terbaru daripada saya juga.
20 Feb 2024
Saya rasa tarikh lebih kurang time ni. Untuk sekarang ni, hampir semua Modul sudah siap. Saya cuma tinggal Modul 1 sahaja
26 Feb 2024
Time ni, semua folder yang saya buat video panduan temuduga ni, dengan folder bisnes saya yang lain hilang. Aduhh, sebab backup dalam pendrive, sekali pendrive tu boleh rosak tiba tiba. Mujur semua video yang dah siap untuk panduan ni saya dah upload dalam youtube. Kalau tidak, NAYA
29 Feb 2024
Saya dah siapkan bahagian terakhir untuk Modul Prepare Resume dan CV. Ya saya siapkan bahagian yang lain dulu, baru saya pergi ke Modul 1 untuk siapkan bahagian ni pula.
2 March 2024
110 Soalan Lazim Temuduga yang saya kumpulkan untuk pembeli dalam Excel hilang sekali masa 26 Feb tu. Naya btul, so malam ni, saya kena buat semula.
Soalan soalan ni saya akan bahagikan mana yang biasa ditanya kalau anda fresh, ada pengalaman, atau pun mmg confirm akan ditanya punya. Supaya mudah sikit, anda nak praktis yang mana dulu.